Posts

Showing posts from 2016

Tips Merancang Percutian Ke Cameron Highland

Image
Semua orang pasti mengimpikan tempat yang cantik yang penuh dengan alam semulajadi ini untuk dijadikan tempat bercuti. Sama juga dengan saya. Sejak bujang lagi memang mengimpikan destinasi impian untuk pergi bercuti bersama suami tercinta kat CAMERON HIGHLAND ni. hehe Memandangkan belum tahu lagi masa yang sesuai untuk pergi dan sambil-sambil tengah kumpul duit dalam tabung travel , sempat juga saya survey-survey beberapa blog yang cerita pasal suasana di sana. At least saya juga dapat sedikit gambaran sebelum pergi ke sana. So exciteddd! haha.  mungkin ada yang dah pergi berkali-kali sampai dah lali ( untunglahh) hehe. tapi saya yakin mesti tak puas kan kalau pergi sana sebab nya tempat memang cantik subhanallah! cumanya JEM teruk sikit laaa kan kalau salah timing. tapi dengar-dengar hari biasa pon jem jugaks.. ehh.. ok, sebelum nak pergi, kita mesti kena buat persediaan dan rancang kos supaya tak terkurang bajet nanti. terlebih bajet takpee. hihi.apa yang saya da...

3 Mindset Yang Perlu Anda Ubah Untuk Menjadi Manusia Berjaya

Image
Orang yang berjaya mesti menggunakan 3 Mindset ini untuk melangkah menuju kejayaan. 3 Mindset ini mereka guna dan amalkan dalam apa jua situasi yang mereka hadapi. Nak tahu apa 3 MINDSET ini?  1. " Saya akan bertindak SEGERA, SEKARANG, DAN SAAT INI jugak" Orang berjaya tidak akan menangguh untuk berjaya. Mindset ini perlu diterapkan dalam diri untuk menjadi manusia yang berjaya.Orang yang berjaya itu tiada alasan untuk bertindak dan akan terus bertindak sekarang juga! 2. " Setiap masalah akan ada jalan penyelesaian" Bila di uji dengan masalah, manusia sering menganggap ianya alasan. Tapi orang yang berjaya tahu dan yakin bahawa setiap masalah pasti ada penyelesaian dan akan berusaha sedaya mampu untuk mengatasi masalah bukan hanya duduk dan bertawakal sahaja. Seperti mana dalam surah Al- Syarh : " Settiap bersama kesusahan itu pasti ada kesenangan" 3. " Saya akan sentiasa positif " Banyak kajian telah dijalankan sebelum ini men...

Nasi Goreng Kicap Telur Goreng

Image
Assalamualaikum, salam Jumaat buat warga blogger sekalian. Moga-moga dikurniakan kesihatan yang baik di hari yang mulia ini. Ok, harini nak kongsikan resepi Nasi Goreng Kicap .Walaupon nampak macam simple tapi saya suka kongsikan di blog supaya mudah untuk dijadikan rujukan kot-kot la terlupa nanti. hehe. Sebenarnya , ini kali pertama saya masak Nasi Goreng Kicap. Sebelum ni memang tak pernah pon buat sampai lah suami tercinta pernah cakap nak makan nasi goreng kicap. Almaklum, suami memang suka bab makan ni. Masak je apa pon kompem licin dia makan. hehe. Jadinya , ini first timer masak dan Alhamdulillah memang sedap! haha. puji diri sendiri. tapi serius memang sedap lagi-lagi makan dengan telur mata! Nasi goreng kicap ni mengimbau kenangan masa saya sekolah menengah dulu. Nasi goreng acik kantin yang memang sedap, pekena pulak dengan sambal! perghhhh kecur air liur tengah menaip nih! haha. okla, jom tengok apa bahan-bahannya. BAHAN-BAHAN : Ikan bilis hujung jari ( segeng...

1 Daripada 5 Rakyat Malaysia Menghidap Kencing Manis! Adakah Anda Berisiko?

Image
APA ITU KENCING MANIS? Kencing manis terjadi apabila keadaan tubuh dengan tingginya kadar gula  dalam darah ( hiperglisemia). Badan kita memerlukan insulin untuk menukarkan GULA kepada TENAGA. Kencing manis ini terjadi disebabkan tubuh kekurangan insulin atau insulin  tak mampu bekerja dengan baik.Sebab itu selalu kita tengok orang yang kencing  manis akan cucuk insulin supaya dapat bantu menurunkan gula dalam darah.  Itulah fungsi insulin iaitu menurunkan kadar gula dalam darah. JENIS-JENIS KENCING MANIS : DIABETES JENIS 1 - Apabila pancreas tidak menghasilkan insulin. DIABETES JENIS 2 - Apabila pancreas tidak menghasilkan insulin yang  mencukupi atau pun insulin tidak dihasilkan. DIABETES GESTASI - Apabila insulin kurang ketika hamil. Ketahui paras gula anda hari ini! ADAKAH ANDA BERISIKO?   1. Berat badan berlebihan  berisiko mendapat kencing manis kerana kadar kolestrol berlebi...

Cara Elak Serangan Jantung Sebelum Terlambat

Image
Jantung merupakan organ yang paling penting dalam tubuh manusia.  Tugas jantung adalah mengepam darah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.  Hebatnya kuasa Allah cipta jantung ni bekerja mengepam darah sepanjang hidup kita. Bila jantung berhenti bekerja, maka kematianlah pengakhiran hidup kita. Jadi, jangan ambil ringan mengenai jantung. Serangan jantung merupakan pembunuh utama masyarakat Malaysia.  Hal ini kerana jantung yang bermasalah berpunca dari kolestrol yang tinggi sehingga  memblok/ menyekat saluran darah.  Ini mengakibatkan jantung gagal mengepam kerana saluran darah telah tersumbat. Maka berlaku lah serangan jantung secara tiba-tiba. Nauzubillahiminzalik,  moga kita semua dijauhkan dengan seranngan jantung yang boleh berlaku secara tiba-tiba ni. Sebelum saya kongsikan cara elak serangan jantung sebelum terlambat ,  jom kita kenal pasti dahulu tanda-tanda awal Serangan jantung. Ramai di kalanga...

Set Combo Omega Terbaik Dan Lebih Jimat!

Image
OMEGA GUARD merupakan minyak ikan terbaik didunia dengan 3 kali penyulingan.  ini bermakna minyak ikan Omega Guard adalah minyak ikan paling tulen  berbanding dengan minyak ikan yang berada dipasaran sekarang ni.   Jadinya . alang-alang Omega tengah promosi ni, dila senaraikan cadangan SET COMBO OMEGA yang paling asas untuk membantu masalah kesihatan. Jom dapatkan sekarang! Antara SET COMBO OMEGA : Omega memecahkan lemak -lemak degil  Alfalfa membuang segala toksik yang tak diperlukan  dalam badan  Omega meredakan bengkak dan membakar lemak ( ibu menyusu kuat makan) Lecithin mengurangkan risiko clog atau duct susu tersumbat Nutriferon membantu menguatkan sistem imun  Omega meredakan gatal-gatal di kulit. Bonus : Omega membantu perkembangan otak kanak-kanak Omega meredakan bengkak di otot Performance Drink merendahkan paras asid urik dan kekalkan bendalir dalam badan. Bonus : memberika...

Kenapa Kita Perlukan Minyak Ikan Omega -3 Untuk Kesihatan ?

Image
Assalamualaikum dan selamat petang. pernah dengar mengenai Minyak Ikan bagus untuk kesihatan? Sejauh mana ianya bagus untuk kesihatan? Kenapa kita perlu amalkan minyak ikan Omega 3 ni? haaa, banyak tak persoalan disitu, hehe mungkin ramai antara kita yang masih tidak tahu apa sebenarnya minyak ikan Omega ni. jadinya , sempena bulan Promosi Omega ni  , saya nak kongsikan sikit tentang Omega. Omega ada 3 jenis : Omega -3 Omega -6 Omega -9 Tapi harini saya kongsikan tentang Omega 3 dan kenapa kita perlukan Minyak Ikan Omega -3 untuk kesihatan. OMEGA-3  Omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu , kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega -3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan dan Omega -3 sangat penting untuk otak kerana otak adalah 60% lemak.  Manfaat Omega 3 : ASID LEMAK  Asid lemak Omega 3 ni penting kerana tidak dapat di...

Promosi Bulan Oktober 2016

Image
Assalamualaikum. Hai, sudah lama rasanya tak up entry baru.  Minggu lepas mak mentua di tahan wad kerana kencing manis.  Oleh kerana ada luka di kaki dan nampaknya semakin membengkak ,  maka mak mentua di tahan wad di HTJ. Dah la masa tu nak hampir closing dan banyak tugasan lain yang perlu disetelkan ,  maka terpaksa rela ketepikan blog sebentar. huhu. sedih betul cerita.  ok, harini dah masuk bulan baru kann?  WELCOME OCTOBER! Insyallah I will be Supervisor To Be in October!! aminnnnn!!!! korang pon jangan lupa doakan aku tau. hehehe Masuk bulan baru , sudah tentu ada promosi kan. Shaklee ni bestt sangat sebab setiap bulan kompem ada promosi produk. Dah laa setiap bulan promosi, lepas tu pulak promosi bukan 2 3 hari je tapi selama sebulan! SEBULAN ok. haaa, jangan cakap akak tak payung lak eh. Kena cepat bertindak lah sebelum akhir bulan. jeng-jeng-jeng.. OMEGA GUARD iaitu minyak ikan paling tulen...

Giveaway By BusyraTakiyudin

Image
Hai, Busyra  ! :) Salam perkenalan dari  Dieyla.  Btw , umur kita sama. hehe  ok, this is my comment for your blog : Rasanya blog awak simple and nice dah tapi lebih cantik kalau  nama BusyraTakiyudin kat header tu guna warna yang lebih terang dan jelas.  Jenis font dah cantik sangat dah. Terbaik!  Yang lain dah ok sebab simple but nice. 

Kacang Panggang Masak Sos

Image
Kacang panggang  ni memang favourite dila kalau nak tahu. Dila memang suka sangat makan kacang panggang ni lagi-lagi dengan telur goreng. Memang awesome sangat rasanya!  actually sangat mudah untuk dimasak dan kalau dah takde idea  sangat nak masak. Ini memang resepi pilihan terbaik.hihi Sebenarnya , mak dila yang ajar makan kacang panggang ni. Mak dila ni jenis  suka masak western food sendiri . Chicken chop pon dia pernah buat.  Memang terbaikk la kan masakan mak-mak kita. Dila ni baru jugak belajar-belajar  nak masak sedap. Maklum lah belum ada anak.  Nanti dah ada anak memang hari-hari fikir nak masak apa kann?  macam mak kita la. tu yang jadi teror masak tanpa sengaja tuu. hihiks! Tapi , kacang panggang ni tak elok makan selalu sebab makanan dalam tin.  jadinya jangan laa pulun seminggu masak benda ni berkali-kali pulak ye. hehe. Lagi satu cara masak pon berbeza. Ada orang panas kan je makanan dalam t...

7 Cara Tangani Stress Tanpa Perlu Makan Ubat

Image
Stress merupakan perkara yang normal yang di hadapi oleh manusia. Semua orang pernah stress,cumanya  yang membezakan kita semua adalah  cara kita menangani STRESS tersebut.  Harini saya nak kongsikan bagaimana Cara Menangani Stress dengan  cara semulajadi tanpa perlu makan ubat untuk menghilangkan stress. jom tengokk.. 1. Pastikan tubuh badan kita cukup nutrisi. Makan bukan sekadar untuk mengenyangkan perut dan nak nampak kurus cantik.  Makanan sangat penting untuk kesihatan keseluruhan tubuh kita. Makanan yang kaya  dengan nutrisi membantu kesihatan mental dan fizikal.Bila mental sihat ,  takde lah rasa nak stress memanjang. 2. Planning apa nak buat. Hari kita akan terasa terlalu sibuk sampai tak sempat nak buat apa-apa kalau kita tak planning. Mulakan hari dengan plankan perancangan yang paling utama untuk diselesaikan. Jangan lupa masukkan dalam jadual tugasan hakiki kita seperti makan, masak,  ...

Detox Penting Atau Tak Penting Sebenarnya?

Image
Bila sebut pasal detox , semua orang membayangkan ianya satu   PROSES MEMBERSIHKAN USUS ATAU  PROSES KURUSKAN BADAN Ramai juga di kalangan kita menganggap detox ni penting sebab nak kuruskan badan. Nak tahu detox ni Penting ke Tak penting , JOM TENGOK...  Kebiasaan orang sekarang menganggap DETOX dengan cara : - minum jus buah - minum teh detox - pakai patch detox yang tampal kat kaki Hakikatnya , ini bukanlah pemahaman sebenar mengenai DETOX. ANALOGI DETOX Orang yang beranggapan Detox hanyalah bersihkan usus sahaja ibarat orang yang mementingkan ruang tamu sahaja padahal rumah tersebut penuh sampah ,busuk dan berulat.  Masalah rumah busuk dan berulat ini takkan selesai selagi kita tak bersihkan KESELURUHAN RUMAH, bukan hanya ruang tamu sahaja.  Walaupun  kita selalu bersihkan ruang tamu,  hakikatnya rumah kita tetap berbau busuk dan berulat. sama macam konsep DETOX.  PENGERTIAN DETOX YANG SEB...