First Giveaway by Anis Khalilah

KLIK BANNER UNTUK JOIN!



Tajuk : IBU , KAULAH SEGALANYA.

Bismillah. 
cakap pasal ibu, semua orang dilahirkan di dunia ini oleh seorang ibu.
Kuatnya seorang ibu yang bertahan selama 9 bulan mengandungkan kita dengan pelbagai ujian sepanjang kehamilan.
 belum tambah lagi dengan ujian ketika berpantang sambil menguruskan kita yang masih kecil.

ujian emosi,
ujian fizikal,
ujian mental,
ujian perasaan,
dan bermacam-macam ujian,
demi seorang anak yang bakal dilahirkan.

Tapi, Allah tahu seorang ibu tu kuat demi anaknya.

Seriusly, terlalu banyak yang boleh saya cakap pasal ibu ni.
kadangkala membuatkan rasa sebak bila sebut pasal ibu kerana terlalu banyak jasa yang tak mampu saya balas.

walaupun umur saya dah 23 tahun dan dah berkahwin, tapi ibu masih lagi orang yang saya akan cari .
At least dapat lihat wajahnya pon sudah memadai. 
membuatkan jiwa ini tenang.

Dulu masa zaman remaja, tak rasa macam mana perasaan seorang ibu bila mana anak2 tak mendengar kata, tapi bila dah kahwin baru rasa apa yang ibu rasakan. 

apa yang ibu pesan dulu semuanya betul tapi maklumlah zaman remaja adalah zaman yang kita rasakan kita shj yang betul dan akan rasakan "ibu tak paham".

tapi kita silap, 
suatu hari nanti kita juga bakal menjadi IBU,
suatu hari kita nanti juga akan ada ANAK,
suatu hari nanti kita juga akan TUA.

sama macam IBU kita.
semuanya fasa yang berulang.

Bagi yang masih mempunyai ibu,
buat baiklah kepada ibu selagi dia masih ada.
Balik la menjenguk ibu walaupon dia tak pernah merungut jika kita tak balik menjenguk dia.
tapi dalam hati dia sape je yang tahu. 
betapa ramai orang diluar sana lahir  je kat muka bumi ni tanpa sempat menatap wajah ibu yang melahirkannya.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
" Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa"

Masa yang ada ini kita sama-sama manfaatkan dengan sebaiknya untuk mencari keredhaan ibu tak lupa juga buat ayah.

semoga syurga buat ibu dan ayah di sana nanti :)

yang benar,
dila anak solehah



Jom ramai -ramai join give away ni. 
hadiah menarik bakal menanti anda!

good luck semua! 

TQ :)





Comments

Popular posts from this blog

Menu Detox Santai Untuk Ibu Menyusu

Set Kekal Cergas Di Bulan Ramadhan