Resepi Mudah : Ikan Selar Masak Asam

Assalamualaikum dan selamat petang. Hari cuti ni,  selalunya jarang dapat masak kat rumah sebab busy berprogram sana sini.  Jika ada kesempatan,  barulah Cik Dila masak.  Harini alhamdulillah program habis awal dan sempat juga COD set pantang shaklee di hospital tadi kat customer yang bakal bersalin tak lama lagi. Alhamdulillah,  untung runcit yang Cik Dila dapat terus pi shopping baju Ammar memandangkan Ammar pon semakin membesar,  baju semua dah pendek.hehe.Balik je rumah,  perut rasa lapar.  Apa lagi,  Cik Dila pon terus masak lauk yang sangat simple masyallah dan sangat cepat iaitu Ikan Selar Masak Asam. Sempat lah tadi encik suami belikan ikan selar,  ikan favourite kitorang.

Ok, bahan untuk masak resepi ni sangat lah mudah sebab guna bahan asas memasak je. 

Bahan - bahan:
Ikan Selar
Bawang putih (dihiris-hiris)
Bawang merah (dihiris-hiris)
Halia (dihiris-hiris)
Lada hitam
Asam jawa
Garam

Cara masak:
Semudah ABC je, masukkan semua bahan di atas dan masukkan air ( agak-agak je) kalau nak kuah banyak, boleh letak air banyak. Cik Dila suka masak sambil tutup kuali sebab lagi cepat masak.
Pastu rasakan masam,  masin nya.  Kalau kurang masam,  tambah lah lagi asam jawa. Dan siap dah!
Harini makan lauk ni dengan tempe.  Kalau makan lauk ni,  Cik Dila suka sangat kuah banyak.  Sebenarnya ni lauk berpantang tapi tak salah pon makan masa tak berpantang ni hehe.  Menu sihat lagi pon.


Okla selamat mencuba ya. 


Comments

Popular posts from this blog

Menu Detox Santai Untuk Ibu Menyusu

Set Kekal Cergas Di Bulan Ramadhan