Belajar Design Poster Dari Kritikan Orang


" Belajar dari kritikan orang lain membuatkan aku lebih berjaya"

Design is my passion.

Minat dalam design ni tak tahu muncul sejak bila.
 Yang pasti aku start cuba-cuba mendesign dengan apps di handphone.
 Masa tu guna apps picsart , photo grid dan beberapa lagi apps yang aku guna . 
Tak egat pulak. hihi

Bermulanya aku mendesign adalah bila aku mendapat jawatan sebagai 
Ajk Media di bawah agensi Persatuan Belia Islam Nasional ( PEMBINA). 
Dari situ aku belajar untuk design dan menarikkan page yang aku kendalikan. 

Aku bukan lah budak designer . Cuma kos yang aku belajar masa di kolej adalah sikit berkait. 
Tapi aku mula belajar design dengan powerpoint je. Masa ni tak reti sangat guna Adobe Ps dan Ai.
Dan aku rasa power point sangat senang untuk design apa-apa yang kita nak.
Hanya perlukan gambar berformat PNG , then boleh dah design macam
 orang yang "pro" (kononnya).haha

Aku jenis payah nak puas hati dengan design sendiri.
Setiap kali design aku akan cuba buat yang terbaik dan akan suruh orang sekeliling
 aku komen supaya aku boleh baiki dan nampak cantik di mata mereka. 
Nak kata aku hebat?
nope, tak setanding dengan orang yang pro design tapi aku sentiasa
 nak dan akan cuba yang terbaik. 

Cara aku design pulak, aku mesti akan survey dulu tema apa untuk
 design supaya mudah aku imagine design yang sesuai.
selama aku mendesign , aku hanya design poster sahaja.
belum pernah lagi design untuk banner dan flyers dan so on.

Sepanjang aku mendesign , aku tak pernah rasa penat ke malas ke , 
yang aku rasa aku happy sangat bila dapat design.Masa aku design guna powerpoint 
 aku tak belajar dari sesapa pon. Aku explorace sendiri dan aku ni jenis suka 
tengok design orang buat lawa-lawa. Aku akan rasa "nak buat lawa camtu gak".
WALAU APA CARA SEKALI PON. gituu! haha


Antara contoh poster masa awal-awal aku design: 


ni guna template yang dah ada dalam apps.


ni aku design untuk pogram. 
hehe nampak sangat newbie



Poster ni ada orang cakap aku guna Photoshop. hiks! 
padahal guna powerpoint je.

ni pon guna powerpoint.



ni dah mahir sikit main dengan background dan gambar,
masih guna powerpoint.



first button badge aku design. 



Ini hasil semua gambar yang dimasukkan dan disusun ikut citarasa aku. hehe
Majoriti poster yang aku design guna powerpoint ni memang main gambar dan warna je.


Masa ni memang 100% aku guna Powerpoint je untuk design sebab tak reti guna Photoshop.
Aku guna photoshop untuk crop gambar je dan hilangkan background ( format PNG).
Sampailah aku masuk kelas Photoshop dan try design guna Photoshop. 
Bagi aku photoshop terlalu banyak yang boleh kita guna untuk effect dan sebagainya .
sebab tu practise make perfect! kalau tak mesti akan lupa.
sebab tools dia banyak beno. hehe 

ni contoh hasil design guna Photoshop.



tulisan ni pon hasil design dari Photoshop.


PANDANGAN AKU TENTANG DESIGN

Nak design ni sebenarnya tak susah mana kalau ada minat,  idea untuk design dan kreatif.
Kreatif memang sangat penting dalam design ni sebab kekreatifan korang yang akan menghasilkan poster yang menarik dan tertarik kau memang da bomb!hehe

Bagi pandangan peribadi aku sendiri, tulisan, warna dan tajuk yang
 catchy sangat memainkan peranan. 
Design yang menarik akan membuatkan mata kita tertumpu untuk membaca sampai habis. 

Ada beberapa tips yang perlu kita titikberatkan
 semasa mendesign : 

1. Tajuk mesti BESAR dan JELAS.Pastikan di bold.

2. Penggunaan font tidak melebihi 2/3 font. 

3. Warna background dan tulisan mesti kontra supaya jelas dan tidak tenggelam.


Paling penting dalam bab design , jangan terasa bila ada orang komen pasal design kita. 
Belajar menerima dan cuba perbaiki untuk jadi lebih baik . Mana tahu, asbab diorang kritik dan komen kita, kita boleh hasilkan design yang jauh lebih baik dari sebelum ni. 

Begitulah aku dengan dunia design ni.
Dan aku memang sangat alu-alukan untuk orang komen design aku supaya aku tahu apa yang perlu buat untuk cantikkan design. 
Dan untuk hasilkan poster yang mantap dan lebih cantik , aku belajar untuk design dengan Adobe Photoshop dan Illustrator, sebab gambar poster lebih sharp berbanding power point kalau diprint. 

Apepon, kalau ada minat, teruskan practise sampai perfect! 
Jangan risau kalau mula-mula buruk dan tak cantik sebab semuanya bermula dengan
 segala kecacatan tapi lama kelamaan bila digilap insyallah ia akan bersinar.

YANG PENTING , JUST DO IT :)

Comments

Popular posts from this blog

Menu Detox Santai Untuk Ibu Menyusu

Set Kekal Cergas Di Bulan Ramadhan