Amalan Berpantang Turun Temurun Versi Orang Jawa

Assalamualaikum. Hai semua.Bercakap soal pantang,  masih ada lagi orang yang berpantang secara kampung.  Hehe. Cik Dila pon berpantang style kampung yang mana berpantang selama 44 hari dan diteruskan sehingga 60 hari.Orang dulu dulu sangat menitik beratkan soal berpantang.  Mungkin orang sekarang semakin kurang berpantang menyebabkan banyak masalah kesihatan yang timbul.


Antara masalah yang timbul apabila tidak berpantang dengan betul :
- mudah masuk angin
- tak boleh langsung makan makanan berangin
-mudah rasa lemah badan
- rahim jatuh
- badan cepat letih
- seram sejuk
- dalaman sejuk

Sebab tu orang tua sangat menjaga dan akan pastikan kita berpantang dengan betul. Alhamdulillah Cik Dila  sendiri pon telah melalui fasa berpantang dan banyak yang Cik Dila belajar.  Jadi Cik Dila kongsikan di entry  ini untuk menjadi rujukan buat ibu2 yang bakal berpantang.  
.
Amalan Berpantang Turun Temurun Versi Orang Jawa

1. Berurut selama 3 hari 
Berurut ni sangat penting untuk melembutkan urat-urat yang tegang selepas bersalin. Masa kita menghadapi contraction yang sangat hebat,  seluruh badan kita menahan sakit menyebabkan urat menjadi tegang.  Jadi wajib berurut selama 3 hari berturutrut-tu untuk melegakan urat yang tegang.Selain itu, dapat melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan.  Seelok nya berurut sebaik sahaja bersalin kerana badan masih lagi lembut dan angin mudah masuk. 

2. Berstokin.
Wajib berstokin selama tempoh berpantang untuk elak angin masuk dalam badan.  Ini penting juga untuk elak daripada bentan (sejuk kat dalam).  Kalau boleh masa berpantang pastikan berada dalam keadaan berpeluh sentiasa.  Cik Dila masa berpantang memang berpeluh aje sampaikan rasa rimas dan busuk! Hehe.

3.Mandi air rebusan daun-daun
Mandi rebusan air daun-daun yang dipetik segar sangat menyegarkan!  Antara daun yang digunakan ialah daun sirih,  daun jambu batu,serai wangi.  Setiap pagi,  mandi lah air rebusan ni sampai 44 hari.  Insyallah kulit cantik dan badan pon segar. 



4. Bertungku
Bertungku memang amalam orang-orang kampung.  Ada yang bertungku dengan batu sungai yang bupat tu.  Taoi Cik Dila lebih selesa pakai tungku yang ada pemegang sebab senang nak songket rahim naik ke atas.

Kenapa kena bertungku? 
Bertungku untuk mempercepatkan rahim kecut selepas bersalin.  Bertungku juga membuatkan dalaman kita panas,  memudahkan darah nifas keluar dan membuang angin.  Bagi sesiapa yang mengalami senggugut yang teruk,  sangat digalakkan untuk bertungku. Bertungku ni ada waktu yang tertentu.  Bukan dibuat pada bila bila masa ye.  Waktu yang terbaik  adalah jam 5-6pagi dan 5-6 petang. Setiap hari bertungku lah sebanyak 2 kali iaitu pada waktu pagi dan petang. Pasti kan kita tahu cara tungku dengan betul.Kalau tak tahu, boleh mintakan bidan ajarkan.  Selepas 30hari, baru boleh tungku di rahim dan songket untuk naikka  rahim.  Nanti lepas pantang,  boleh la amalkan senaman kegel untuk naikkan rahim pula. 

5. Param
Param atau di kenali sebagai bedak panas. Bedak panas digunakan selepas mandi dan sapukan ke seluruh badan dan biarkan ia kering.  Bedak ini akan memanaskan badan kita.  Dalam pantang,  badan tak boleh sejuk untuk elak bentan.  Jadi,  sangat perlu pakai dan makan benda-benda yangpoanas. 
Selain tu,  Cik Dila juga gunakan krim mustajab untuk sapu di bahagian perut dan paha untuk pecahkan lemak-lemak yang terkumpul sepanjang mengandung.hehe

6. Pilis
Pilis ni diletakkan di dahi /kawasan kepala untuk elak batu morayan naik ke mata yang menyebabkan pitam. Ini petua orang dulu-dulu.  Dalam pantang,  tak boleh tunduk untuk elak pening/pitam.  Tapi Cik Dila rasa memang betul sebab kalau selalu tundujk, kita akan rasa macam pening. Tapi ikut orang juga.  Ada orang alah dengan plis ni. Jadinya tak perlu la pakai.  Cik Dila pon alah tapi masa alah tu dah nak abis pantang.  Kualit bahagian pilis tu jadi kering  dan mengerutu terus Cik Dila stop pakai.

7. Jamu
Makan jamu untuk panaskan badan dan memberi tenaga. Selepas bersalin,  badan kita menjadi lemah dan penat akibat contraction dan proses melahirkan.Sebab tu,  jamu perlu di ambil di dalam pantang.  Tapi kalau ikut keluarga Cik Dila,  nenek dan mak Cik Dila sendiri makan jamU seumUr hjdup mereka.  Oh ye,  jamu yang Cik Dila makan adalah jamu yg dibuat sendiri oleh nenek Cik Dila.  Bukan tu sahaja,  jamu,  pilis dan param pon nenek Cik Dila yg buat. So memang yakin dan selamat sebab takde bahan kimia.  Semuanya guna rempah ratus aje yang di blender di masak dan ditapis. 


8. Bengkung
Bengkung ini adalah yang paling mencabar untuk isitomqah selama 44 hari dalam pantang. Hehe Sebabnya setiap kali nak ke tandas kena buka dan pakai semula.  Jadi sangat mujahadah dan kena rajin untuk ulang-ulang pakai.Sekarang pon dah banyak bengkung yang instant dan mudah tapi bengkung yang paling terbaik macam gambar kat atas ni.  Bengkung bukan sahaja dapat mengempiskan perut tapi berfungsinya juga untuk menaikkan rahim sebab tu kalau perasan simpulan tu berada di tengah-tengah dan mesti diikat ketat supaya bila kita duduk, rahim kita akan di songket naik.Selain itu,  bengkung yang kuat dapat mengempiskan perut yang buncit selepas bersalin. Kalau perasan perut kita akan sedikit buncit dan lembik.  Lembik tu disebabkan otot di kawasan perut menjadi lemah. Maka kenalah rajin buat sit up untuk bantu perut kembali anjal dan flat kembali.  

Ini sahaja rutin yang Cik Dila amalkan ketika dalam pantang.  Yang penting kena rajin dan berpantang dengan cara yang betul untuk kesihatan diri di masa akan datang.  Mungkin sakit tu tak datang sekrang tapi kesannya apabila usia kita tua nanti  .

Selain berpantang secara tradisional,  Cik Dila juga mengamalkan SET BERPANTANG SHAKLEE untuk kekal bertenaga dalam menguruskan rumah tangga, baby yang baru dilahirkan disamping susu badan meriah ibu pon tak stress. 

Bagi anda yang ingin mendapatkan SET BERPANTANG SHAKLE,  
boleh lah dapatkan produk shaklee dengan Cik Dila atau
 team #SuperstarzFamily #BuildByMe kerana kami adalah team yang terlatih
 dengan pengetahuan produk 20 tahun serta doktor berpengalaman.  

Klik : Daftar Ahli untuk mendapatkan Produk shaklee dengan harga lebih Jimat.  

No ID: 1211873


Comments

Popular posts from this blog

Menu Detox Santai Untuk Ibu Menyusu

Set Kekal Cergas Di Bulan Ramadhan