Pengalaman Bersalin Anak Pertama Secara Normal

Assalamualaikum.

Entry kali ini nak bercerita mengenai pengalaman bersalinkan anak pertama Cik Dila yang diberi nama Muhammad Ammar. Alhamdulillah Cik Dila bersalinkan Muhammad Ammar secara normal pada 4 Jun 2017,  jam 3.18 petang di bulan Ramadhan. Kalau nak diikutkan masa tu Ammar baru je 38weeks 3days. Nampaknya baby nak keluar awal dari tarikh dijangka bersalin iaitu 14 jun 2017.hehe.Masa ni Cik Dila dah standby dah kat rumah mak di Pahang untuk bersalin. 

3 Jun 2017 bersamaan 6 Ramadhan

Start jam 4 pagi,  masa tengah Cik Dila syok tidur tetiba je rasa sakit.  Masa tu teringat sakit tu sama macam sakit masa Cik Dila gugur dulu.  Terus bangun dari tidur dan bagitau mak. Sambil tu Cik Dila catat masa nak tengok sekerap mana contraction tu. Masa tu boleh lagi sahur. Tapi bila siangnya tu macam dah tak tahan je rasa sakitnya tu terus berbuka minum air.  Dan hari pon berlalu sambil disulami sakit contraction.  Malam tu pergi hosptal untuk cek sama ada dah ada bukaan ke belum. Tapi nurse bagitau belum ada bukaan.  Maka Cik Dila pon balik lah rumah semula. 
Malam tu,  sakit makin kerap sampai tak boleh tidur.  Tidur lena kejap je pastu bila contraction datang terus menahan sakit sambil gengam tangan husband yang tengah lena tidur sekuat hati. Hehe.
Sampai pagi tu macam rasa dah sakit sangat je.  Pagi tu dah tak sahur dah sebab tengah sakit dah tak mampu nak bangun dan makan. 

4 Jun 2017 bersamaan 7 Ramadhan

Masa subuh tu,  pergi buang air lepas tu macam ada benda keluar.  Sekali tengok dah keluar tanda lendir campur darah.  Cik Dila ni penakut sikit orangnya.  Kalau ikutkan mak Cik Dila,  dia kata tunggu dah sakit sangat la baru pergi.  Tapi Cik Dila  tak berani pulak.  Almaklumlah anak pertama.  Rasa takut kalau tetiba terberanak kat rumah. Sampai je hospital dengan berkain batik terus cek bukaan.  Nurse kata bukaan baru 2 cm. Dia terus suruh duduk kat ward.  Tapi suami Cik Dila tak boleh masuk.  Menahan sakit la sorang-sorang dalam ward. Masa tu,  nak baca zikir ke apa dah tak ingat apa dah.  Nurse tu suruh tarik nafas, hembus nafas tu je.  Pastu tak tahan sangat dah,  suruh nurse cek lagi,  dia kata 6 cm dah masa tu dalam pukul 11 pagi camtu.  Contraction makin sakit sampai tak boleh nak makan.  Rasa macam lemah sangat menahan contraction.  Masa ni bebetul rasa nak meneran.  Nurse tu bagitau jangan teran nanti bengkak.  Cik Dila tak tahu nak bernafas dengan betul dah.  Setiap kali tarik nafas hembus mesti rasa nak terteran gak.  Sampailah contraction makin kerap,  nurse suruh baring dalam Labour room dulu.  Kali ni memang rasa nak meneran sesangat dah sampai terkencing atas katil labour room tu.  Banyak pulak tu. Haha.  Dah tak peduli dah terkencing ke apa.  Janji nak teran jam tu gak!  Nurse tu tengok Cik Dila macam dah sakit sangat je terus dia cek jalan,  dia kata dah fully 10cm bukaan.  Terus kangkang leluas dan mula lah proses PUSH PUSH PUSH.

Tak sangka pulak hospital yang Cik Dila pergi ni,  takde doktor pakar.  Jadinya dia bagi masa 40minit untuk keluarkan baby.  If tak berjaya kena hantar hospital lain pulak.  Cik Dila memang teran sehabis tenaga tapi apakah daya contraction tak lama.  Tengah2 teran,  dah takde rasa.  Banyak kali juga lah meneran sampai dah fed up.  Nurse pon garang semacam suruh Cik Dila teran bebetul sampaikan tak tahu dah macam mana nak teran.  Masa ni suami Cik Dila ada kat sebelah.  Cik Dila tahu suami Cik Dila ni tak berani sangat bab2 tengok darah banyak.  Tapi dia beranikan juga diri teman Cik Dila.  Last2 bila suami keluar untuk setelkan dokumen untuk transfer hospital,  si Ammar ni pon keluar dengan jayanya. Masa ni Cik Dila rasa speechless tengok anak sendiri.  Allahuakbar,  tak sangka saat itulah Cik Dila dah jadi seorang ibu.  

Baby Ammar masa umur sehari 

Pengorbanan seorang ibu tak berhenti setakat tu je,  lepas je Ammar keluar nurse pon mula lah menjahit Cik Dila.  Agaknya Cik Dila koyak banyak sampaikan 3 jam kena jahit.  Fuhh!  Seram dengar.  Masa jahit tak rasa sakit sangat pon tapi ngeri sebab kat bawah tu kann. 

Kesimpulan yang Cik Dila boleh buat lepas pengalaman bersalin ni adalah contraction nak beranak rupanya yang paling sakit berbanding sakit kena jahit. Serius!  Lepas ni kena belajar macam mana nak hadapi sakit contraction untuk anak kedua pulak. Ehh. Hehe insyallah 3 tahun lagi. 
Apa-apa pon Alhamdulillah  syukur kerana Allah  bagi peluang pada Cik Dila  menjadi seorang isteri dan kini menjadi seorang ummi buat Muhammad Ammar. 

Doakan anak Cik Dila membesar dengan sihat bak juara!  


Comments

Popular posts from this blog

Menu Detox Santai Untuk Ibu Menyusu

Set Kekal Cergas Di Bulan Ramadhan