6 Vitamin Yang Perlu Di Amalkan Sepanjang Hamil
Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Entry kali ini Cik Dila nak bercerita mengenai vitamin yang perlu diamalkan sepanjang hamil.Kehamilan merupakan perkara yang paling indah dan sentiasa dinanti-nantikan oleh pasangan yang baru berkahwin. Buat yang akan bergelar ibu tak lama lagi, Cik Dila ucapkan tahniah atas kehamilan anda. Bagi yang masih belum bergelar ibu, usah bersedih insyallah rezeki pasti ada.
Bukan semua orang menjalani tempoh kehamilan dengan mudah. Bila masuk je tempoh kehamilan, majoriti ibu2 akan mengalami morning sickness yang membuatkan kita rasa lemah, lesu dan tidak bertenaga. Paling teruk ada yang sampai kena warded sebab dehidrat. Itulah pengorbanan kita sebagai seorang ibu sebelum mendapat zuriat yang dinanti-nanti. Oleh itu, sangat penting ibu hamil mengamalkan vitamin sepanjang kehamilan agar bayi dalam perut mendapat nutrisi yang secukupnya untuk membesar dengan sihat sehingga selamat dilahirkan.
Antara vitamin yang PERLU di amalkan sepanjang hamil ialah:
1) BCOMPLEX
Kenapa kena ambil Bcomplex atau dikenali sebagai asid folic ini? Sepanjang Cik Dila pregnant memang Cik Dila tak ambil asid folic klinik tapi Cik Dila ambil vitamin Bcomplex Shaklee kerana Shaklee ada kesemua 7 vitamin B yang diperlukan oleh badan kita. Rata-rata ibu hamil mesti dah tahu kepentingan mengambil vitamin asid folic ini untuk mengelak kecacatan pada janin kan. Tapi sebenarnya bukan itu sahaja tau, vitamin B sangat penting untuk penghasilan telur yang sihat di ovum kita sebelum membentuk janin..Selain itu, Vitamin B dapat membantu dari segi tenaga, emosi dan hormon agar tenang sepanjang kehamilan.
2) OSTEMATRIX
Selalu sangat Cik Dila dengar ibu hamil menghadapi masalah sakit belakang, sakit pinggang dan cramp kaki di waktu malam. Hal ini terjadi kerana ibu hamil mengalami kekurangan kalsium dan sepanjang kehamilan kalsium ini telah berkongsi dengan bayi dalam perut. Itu sebab, ibu hamil kena topup banyak kalsium supaya dapat atasi masalah sakit sakit belakang dan cramp sekali gus menguatkan tulang baby. Kalsium memang boleh didapati dalam susu tapi dalam susu kandungan magnesium tidak mencukupi keperluan untuk membantu kalsium di serap dengan lebih baik. Bagi ibu hamil yang jenis susah nak telan susu sangat digalakkan untuk amalkan ostematrix shaklee ni sekaligus membantu melancarkan sistem pembuangan. Kadang kala apabila kita hamil, masalah sembelit pasti akan terjadi oleh kerana janin semakin membesar.
3) ENERGIZING SOY PROTEIN ( ESP)
Dalam fasa mengandung, ibu akan kerap makan untuk salurkan makanan berkhasiat kepada bayi di dalam perut. Dalam pada itu, ibu juga perlu menjaga berat badan supaya tidak menjejaskan kesihatan. ESP SHAKLEE sangat bagus diamalkan oleh ibu hamil kerana ia membantu ibu kekal bertenaga dan membuatkan ibu kenyang lebih lama. Selain itu, ia membantu menguatkan rahim ibu dan kukuhkan janin dalam rahim.
4) OMEGA GUARD
Minyak ikan dikatakan sangat baik untuk perkembangan otak. Masa hamil adalah masa yang paling terbaik untuk makan omega guard ni untuk perkembangan otak anak. Masalah sekarang ni , banyak dah brand minyak ikan kat luar sana tapi belum tentu selamat.Specialnya minyak ikan Omega Guard Shaklee ini diperbuat daripada ikan air laut dalam yang bebas pencemaran. Jadi pilihlah minyak ikan yang terbaik yang tinggi dengan DHA seperti Omega Guard Shaklee supaya anak mendapat khasiat yang terbaik di dalam perut. Omega Guard juga berfungsi untuk membakar lelemak masa ibu mengandung. Almaklumlah masa mengandung hentam makan banyak-banyak tapi insyallah berat akan maintain je sebab makan omega ni.
5) VITALEA
Vitalea mengandungi multivitamin dan multimineral penting yg diperlukan oleh tubuh. Memang tak dinafikan ibu hamil perlu memastikan hidangan makan setiap hari dengan sayur dan buah. Tapi melihat kepada kepada sayur dan buah hari ini tidak lagi segar membuatkan ibu hamil sangat perlu mengambil vitamin tambahan untuk bantu melengkapkan nutrisi harian. Vitalea juga membantu ibu2 yang mempunyai masalah HB LOW dengan syarat perlu di ambil bersama-sama VITAMIN C. Apabila kandungan semakin membesar, HB akan semakin rendah yang menyebabkan ibu cepat letih dan berisiko terhadap janin. Sebab itu perlunya zat besi untuk membantu mengatasi masalah HB LOW. Perasan tak kadang kala ibu hamil sudah pon makan sayur bayam, jambu batu dan hati tetapi HB tetap juga rendah? ini bermakna kandungan zat besi yang ada dalam makanan tadi tidak mencukupi.
6) VITA -C PLUS
Vitamin C sememangnya sangat penting untuk menguatkan sistem imun ketika sedang hamil. Bagi orang yang antibodinya lemah akan sangat mudah demam, sakit kepala dan lesu. Ketika hamil, apa yang kita makan akan disalurkan kepada bayi di dalam perut, Sebab itu pengambilan vitamin C ketika hamil membuatkan bayi dalam perut juga mempunyai sistem imun yang kuat insyallah. Selain tu, vitamin C juga sangat bagus untuk pertumbuhan kulit yang cantik.
Bagi ibu hamil yang mempunyai masalah ketika hamil seperti sembelit, pening kepala kerap, sakit belakang, selalu cramp jangan berdiam diri tanpa berbuat apa-apa. Ikhtiarlah dengan vitamin shaklee kerana ia dah terbukti selamat untuk orang yang hamil.
Paling best, bila consume vitamin shaklee nj boleh teruskan sehingga berpantang tau! Cik Dila pon amalkan vitamin Shaklee sepanjang mengandung dan diteruskan dengan berpantang. Hasilnya susu badan meriah, baby sihat dan tak mudah sakit insyallah.
Alhamdulillah sepanjang kehamilan Cik Dila tiada masalah HB low, sembelit, kejang kaki, cramp, sakit belakang asbab makan shaklee dengan izin Allah. Walaupon Cik Dila ada msalah berat badan naik mendadak tapi blood pressure cantik dan takde masalah GDM ketika hamil.
Bila kesihatan ibu ok sepanjang kehamilan, ibu pon gembira kerana bayi dalam perut membesr dengan sihat.
Sekiranya anda mencari produk shaklee, pastikan anda mendapatkannya dari team #SuperStarzFamily kerana team kami mendapat bimbingan terus dari pakar nutrisi dan doktor berpengalaman atau boleh terus hubungi Cik Dila.
klik : Daftar Ahli untuk mendapatkan produk shaklee dengan harga lebih jimat.
No ID : 1211873
Comments