Resepi Jus Carrot Susu

Assalamualaikum dan salam jumaat yang mulia.Di petang hari yang redup ni Cik Dila nak berkongsikan Resepi Jus Carrot Susu yang sedap nyummyliciousss!  Hehe.  Sebenarnya ini kali kedua Cik Dila buat tau. Sememangnya memerlukan kerajinan sedikit untuk buat jus carrot susu secara homemade ni. 

Ok,  untuk bahan nak buat Jus Carrot ni mudah sahaja. 

1. Carrot
2. Air
3. Susu pekat

Untuk kali ini,  Cik Dila gunakan 3 batang carrot. 

Ok,  cara-cara nak buat:



Step 1: Basuh dan buang kulit carrot.


Step 2: Potong dadu/ kecil untuk mudah diblender. 



Step 3: masukkan carrot yang dah dipotong ke dalam blender 
dan masukkan secawan air kosong. 


Step 4: blender lumat sampai diri sendiri puas hati!  Hehe. 


Step 5: tapis untuk mendapatkan air carrot sahaja.  
Hampasnya tu boleh ulang balik step 2&3 sampai puas hati. Hihi

Step 6 : ambil air yang di tapis dan letakkan susu pekat sehingga sesedap rasa ditekak. 
 Lebih elok kurangkan manis biar rasa manis manis buah gituu. 

Step 7 : letakkan ais, hidangkan dan minumlah bersama yang tersayang .  Hehe

Oh ye,  hampas yang di tapis tadi jangan buang dulu.  
Manfaatkan dengan membuat masker / scrub di muka anda. 


KEBAIKAN LOBAK MERAH

Semua orang tahu , lobak merah sangat bagus untuk kesihatan mata. Retina mata kita memerlukan Vitamin A untuk berfungsi dengan baik.Dalam retina, Vitamin A akan bertukar menjadi pigmen ungu untuk penglihatan.Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan rabun malam.
Oleh itu, lobak merah merupakan makanan yang baik untuk mata dan kaya dengan beta carotene yang boleh ditukar kepada Vitamin A di dalam hati. 

sebab itu, kalau anda seorang rabun elok amalkan minum jus carrot setiap hari atau amalkan Carotomax yang kaya dengan BETA CAROTENE dan pelbagai antioksidan untuk kesihatan mata. 

Okla,  lain kali Cik Dila kongsikan resepi lain pulak ye. 

Selamat mencuba!  




Comments

Popular posts from this blog

Menu Detox Santai Untuk Ibu Menyusu

Set Kekal Cergas Di Bulan Ramadhan