Menjaga kesihatan cara Rasulullah

SALAM JUMAAT buat semua warga blog sekalian. hehe
hari ini hari jumaat
jangan lupa baca al-kahfi ye.
sangat besar ganjaran Allah bagi orang
yang baca Al-kahfi pada hari jumaaat.


ok, hari ni nak share pasal
jaga kesihatan cara Rasulullah.



Menjaga kesihatan sememangnya dituntut.
Ini kerana kesihatan yang baik kan melancarkan amal ibadat kita.
Sebaliknya jika tidak jaga, kesihatan akan terganggu dan
 ia kan mengganggu amalan yang hendak dilakukan.

dalam menjaga hal kesihatan, 
Rasulullah sentiasa berpesan agar tidak makan secara berlebihan 
kerana boleh mendatangkan penyakit.

haaa, ni bukan doktor yang cakap.
tapi Rasulullah yang cakap.
Setiap perkataan Rasulullah itu ada sebab dan hikmahnya.

Mencegah penyakit itu lebih baik daripada mengubatinya
 kerana apabila ditimpa penyakit, banyak masa akan dihabiskan untuk mengubatinya.

so, prevention is better than cure!

Antara pesanan Rasulullah mengenai pentingnya menjaga kesihatan :

1. Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit itu jika tiada penawarnye kecuali ajal maut.

2. Punca segala penyakit ialah sejuk.Setiap makanan yang hendak dimakan sebaik-baiknya biarlah masak, dipanaskan dan sedia untuk dimakan.

3. Makanlah makanan jika rasa diperlukan iaitu ketika lapar .Jangan makan ketika perut masih kekenyangan dan berhentilah sebelum kenyang.

4.Perut merupakan tempat bagi penyakit dan puasa itu adalah penawar.Oleh itu, jadikan amalan berpuasa sebagai satu kebiasaan.

5.Makanan yang paling berkat ialah makanan yang dimakan secara berama-ramai.Elakkan makan berseorangan.

6.Makan berseorangan tidak ubah seperti makan dengan syaitan.Makan dengan seorang yang lain adalah seperti makan dengan raja yang zalim. Makan dengan dua orang yang lain pula seperti makan dengan para nabi .
Pesanan ini membawa maksud makan secara berjemah atau beramai-ramai menjalin hubungan silaturrahim seperti bersama keluarga ,sahabat dan saudara mara.

7.Apabila makan di dalam pinggan, ambillah makanan yang berada di tepi pinggan dahulu, kemudian tengah dan hujung.Jangan ambil makanan di bahagian tengah kerana ini melambangkan kegelojohan.kebiasaan lauk diletakkan ditengah-tengah pinggan

8. Cuci mulut dengan berkumur-kumur selepas makan atau memberus gigi kerana amalan ini untuk menjaga kebersihan gigi.

9. Apabila makan bersama, selesai makan juga perlu bersama kerana ini menunjukkan dalam satu jemaah.

10. Makanan yang dimakan merupakan rahmat kepada yang memakannya .Oleh tiu, jangan sesekali membazirkan makanan,Pastikan makana dalam pinggan habis.

11. Elakkan minum sambil berdiri kecuali bagi mereka yang ada penyakit sengal pada peha dan pangkal paha.

MASYALLAH !

perkara ini sebenarnya kita selalu je buat tanpa kita sedar.
 Rasullulah dah bagitau dah.
cuma kita je lupa akan sunnah Rasulullah ketika makan.

ramai orang tak dapat menahan hawa nafsu apabila makan
sebab tu, Rasulullah dah bagitau bila masa terbaik untuk makan
dan bila masa terbaik untuk kita berhenti makan.

jika kita ingin hidup sihat,ikutilah tunjuk ajar syariat mengenai tatacara mengambil makanan yang betul bukan mengikut hawa nafsu dan tekak sendiri semata-mata.
begitu juga sebagai seorang muslim, Allah memerintahkan kita menjaga kesihatan seperti makanan segera, makanan ringan , air berkarbonat yang boleh menjejaskan kesihatan.

Tubuh badan kita adalah AMANAH ALAH.
Ia perlu dijaga sebaik-baiknya.
ikutilah gaya pemakanan seimbang

di samping itu, beriadahlah agar dikurniakan akal yang cerdas
 dan tubuh badan yang cergas



berminat untuk menjaga kesihatan secara optimum?

amalkan vitamin SHAKLEE :)

SENTIASA SELAMAT
SENTIASA BERKESAN
SENTIASA SEMULAJADI

BERMINAT?
PM 0145010786

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN

Comments

Popular posts from this blog

Menu Detox Santai Untuk Ibu Menyusu

Set Kekal Cergas Di Bulan Ramadhan