Tips Tingkatkan "Kolestrol Baik"
Assalamualaikum!
apa khabar arini? hehe
lambat pulak tulis blog harini.
biasa nya pagi dah set dah time untuk tulis blog .
tapi tadi takde line pulak memang kacau sikit laaa. hihi
ok, straight to the point.
nak citer pasal "kolestrol baik"
hehe. pelik kann.
tak sangka kolestrol pon ada yang baik dan jahat.
ingatkan manusia je ada baik dan jahat. hihi
haaa. kena tahu .KOLESTROL ada 2 jenis:
1. HDL (kolestrol baik)
2. LDL (kolestrol jahat)
KUASA HDL
semua orang tahu, kalau kolestrol tinggi akan menyebabkan serangan jantung.
sebab saluran darah kita macam getah paip.
kalau tersumbat lama-lama akan pecah.
begitu juga kolestrol yang tinggi akan blok saluran darah kita.
so, darah takleh lalu lame2 pecah saluran darah
tu pasal tetibe kena serangan jantung.
haaa, takut tak?
mestilahh takut. minta dijauhkan insyallah.
ok, bacaan HDL kena tinggi. takboleh rendah.
dengan meningkatkan HDL, akan mengurangkan risiko serangan jantung dengan dramatik! gituuu.. hehe
bagaimana nak meningkatkan HDL ni?
"Para penyelidik di Cooper Institute for Aerobics Research di Dallas Texas, membuat kesimpulan bahawa anda boleh meningkatkan HDL tanpa bersenam begitu teruk.Kajian ini diterbitkan dalam jurnal American Medical Association."
Peserta terdiri daripada 59 orang wanita sihat yang dibahagikan kepada 4 kumpulan:
Kumpulan 1: Berjalan dengan pantas ( 5 batu sejam, hampir berlari2)
Kumpulan 2: Berjalan dengan lincah ( 4 batu sejam)
Kumpulan 3: Berjalan secara sederhana ( 3 batu sejam)
Kumpulan 4: Duduk, tidak buat apa2
Setiap kumpulan yang berjalan menamatkan 3 batu setiap kali,
5 hari seminggu selama 6 bulan.
HASILNYA :
kumpulan 1 & 2 hampir sama dalam peningkatan HDL, dan kemampuan aerobik mereka juga hampir sama.
Malah, pejalan perlahan pon memperolehi sedikit peningkatan.Yang tidak memuaskan untuk dua kumpulan perlahan ini hanya masa; mengambil masa lebih lama untuk menamatkan 3 batu sejam.
Hippocrates pada tahun 400 S.M berkata :
" ubat yang baik untuk manusia ialah berjalan"
kelengkapan yang diperlukan hanyalah kasut yang selesa dan keazaman untuk melakukannya!
Meningkatkan HDL adalah senjata yang amat berkuasa.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa anda boleh mengurangkan risiko serangan jantung dengan menakjubkan sebanyak 7% bagi setiap mata HDL yang anda tingkatkan di atas paras 50.
JOM IKUTI 6 LANGKAH BAGI MENINGKATKAN HDL.
1. Bersenam untuk kesihatan
Jika anda berazam meningkatkan kolestrol baik, ia memerlukan sedikit usaha.
" Sepasukan penyelidik diketuai oleh Peter Kokkinos, Ph.D , pakar penyelidik dari George Town University, mengukur paras kolestrol pada lelaki berumur 30 hingga 64 tahun seramai 2,900 orang.Kebanyakkan mereka pelari ,yang lain semua sihat tetapi tidak bersenam.Apabila para penyelidik ini mencartakan batu larian dan paras HDL, mereka mendapati HDL meningkat kira-kira 0.008mmol/L bagi setiap batu tambahan yang dilarikan.Mereka yang lari paling jauh mempunyai HDL yang paling tinggi."
Berdasarkan kajian ini, para penyelidik mengesyorkan berlari 7 hingga 14 batu seminggu dengan langkah sederhana bersamaan dengan 30 minit senaman, 3 hingga 5 kali seminggu.
Di samping berjalan, senaman aerobik , berenang , berbasikal dan badminton juga membantu.
Ingatlah anda belum terlambat untuk memulakan senaman!
2. Turunkan berat badan anda ke paras normal ( BMI 18-24.9)
Gabungan diet rendah lemak dan senaman pasti memberi hasil yang memuaskan.
Badan yang gemuk menyumbang kepa
da kolestrol dan trigliserida yang tinggi, dan LDL yang rendah.
3. Makan ikan dari laut sejuk.
Ikan tenggiri, hadok, bilis, sardin, tuna dan sesetengah ikan salmon, semua mengandungi sejenis asid lemak istimewa dikenali sebagai asid EPA ( eikosapentaenoik).EPA menurunkan trigliserida.HDL yang tinggi dikaitkan dengan trigliserida yang rendah sebab ini ikan termasuk dalam pilihan makanan anda.Kalau susah nak cari ikan macam disebutkan tadi, ambillah supplement EPA . ( semestinya ada dalam OMEGA GUARD.hihi)
4. Tingkatkan pengambilan gentian larut.
Gentian larut ni mensasarkan kolestrol LDL dan tidak menyentuh HDL.
Oleh itu, apabila anda menurunkan jumlah kolestrol dengan cara ini, nisbah anda menjadi bertambah baik kerana HDL terus kekal tinggi , malah meningkat satu dua mata.
5. Jangan menghisap rokok dan sewaktu dengannya.
Ini nasihat yang baik untuk semua orang.
Begitu ramai pakar telah ditanya " Apakah perkara yang boleh dilakukan untuk melanjutkan jangka hayat yang sihat? "
Jawapannya tetap sama " Jangan menghisap rokok"
Bahkan asap dari penghisap rokok boleh menurunkan HDL.
6. Keluarkan lemak daripada diet anda.
Kira-kira 17% diet rakyat Amerika kini mengandungi lemak tepu.
Mengurangkan kalori lemak tepu sebanyak 10% daripada jumlah
kalori boleh menurunkan jumlah kolestrol sehingga 20%
KEPENTINGAN MENGAWAL BERAT BADAN,
KEGIATAN FIZIKAL DAN PENGGUNAAN NUTRISI SECARA BERSUNGGUH-SUNGGUH
TAK SYAK LAGI DAPAT MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG.
sayangkan kesihatan anda?
jom lakukan aktiviti yang meningkatkan HDL
agar sentiasa di paras yang tinggi.
Jangan lupa makan makanan tambahan untuk
membantu anda kekal sihat sepanjang hayat.
berminat untuk mengambil makanan tambahan?
boleh hubungi saya terus di talian
0145010786
PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN
Comments