7 Cara Terbaik Atasi Masalah Stress
STRESSSSS!
kehidupan kita penuh dengan bebanan .
Bila kita salah menyelesaikan, maka beban tersebut tidak dapat diselesaikan.
ibarat batu besar yang menghempap diri sendiri.
Dan lama kelamaan akan berlarutan dan menimbulkan STRESS.
Banyak faktor yang menyebabkan kita stress bergantung pada individu tersebut,
mungkin ada setengah orang stress bila rambut asyik gugur je.
mungkin ada yang stress bila rumah bersepah.
dan macam-macam lagi keadaan yang membuatkan kita stress.
TEKANAN @ STRESS
Tekanan / stress merupakan sebarang jenis perubahan yang
menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi.
Tekanan adalah fizikal serta mental.
Antara faktor yang menyebabkan tekanan:
1. kematian orang yang tersayang
2. kesakitan
3.masalah kewangan yang mendadak
4. kenaikan pangkat dengan tanggungjawab yang lebih berat
5. kerugian besar
6.Musibah yang menimpa diri.
dan banyakkk lagi.
jadi, sebagai respon kepada tekanan yang selalu berlaku kepada kita,
menyebabkan badan kita secara automatik menambahlan tekanan darah,
denyutan jantung , pernafasan, metabolisme, dan aliran darah ke otot.
Respons ini bertujuan membantu badan berreaksi secara pantas dan berkesan
terhadap sesuatu keadaan yang tegang.
Namun, apabila kita sentiasa berreaksi terhadap keadaan yang banyak
tekanan ( tak kira besar atau kecil) tanpa membuat persediaan dan penyesuaian
fizikal, mental dan emosional untuk menangani, kita boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan.
sebab itu, kita perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh
membawa kepada tekanan dalam kehidupan seharian kita untuk mencegahnya.
CARA ATASI STRESS SECARA SIHAT DAN BERKESAN
#1 SENAMAN PERNAFASAN
bernafas membawa banyak manfaat selain untuk menghirup udara segar.
pernafasan mengoksigenkan darah yang membangunkan otak,
melegakan otot dan mententeramkan minda.
Semasa menghadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas.
Bernafas secara kuat merupakan cara efektif untuk mengekalkan keadaan tenang.
Cuba lakukan :
TARIK nafas secara perlahan-lahan dan dalam-dalam dan
HEMBUS secara perlahan-lahan.
insyallah ia akan membawa kesan positif serta merta.
#2 BERTAKAFUR
Apabila bertakafur seorang diri tanpa apa-apa gangguan,
otak akan menjadi lebih tenang dan hormon tertentu akan dibebaskan.
Minda yang tenang dan lega membantu kita memikirkan beban yang ada.
Setiap hari, kita perlukan masa untuk bertakafur supaya otak lebih tenang dan
bebas dari stress!
#3 TERAPI URUTAN
Terapi pengurutan mengurangkan denyut jantung dan melegakan tubuh badan.
Ia juga menambahkan kecerdasan minda.
#4 KELEGAAN OTOT
meregangkan otot di seluruh badan membantu kita rasa tenang dengan cepat.
rehatkan diri dengan berbaring sambil merehatkan minda.
#5 MUZIK
Muzik merupakan terapi yang mendatangkan banyak faedah untuk kesihatan
bagi orang yang mengalami tekanan hidup yang teruk.
Muzik yang sesuai mampu mengurangkan tekanan darah, melegakan badan
dan mententeramkan minda.
muzik yang beralun lembut dan tidak terlalu keras memberikan rasa tenang di minda
dan membantu kita rasa lebih tenang dan gembira.
#6 PENGURUSAN MASA
Pengurusan masa sangat penting untuk mengelakkan diri terasa
dibebani dengan pelbagai kerja harian.
1. kenal pasti kerja harian mengikut keutamaan.
2. Buat jadual agar dapat menyiapkan kerja mengikut keutamaan
3. Kenalpasti kerja2 yang membuang masa agar masa tidak dibazirkan
#7 BANYAKKAN BERDOA
kadangkala kita jarang berdoa kepada Allah agar dimudahkan urusan
dan diberkati masa yang kita gunakan.
insyallah dengan berkatnya masa, kita dapat buat banyak kerja dengan senang hati.
Moga-moga penyakit STRESS tak hinggap dalam hidup kita dengan
meminta pertolongan Allah.
insyallah.
TAHUKAH ANDA?
VITAMIN B COMPLEX dikenali sebagai vitamin anti stress.
kalau rasa stress amalkan 2 biji sehari.
insyallah membantu anda rasa tenang dan takde lagi stress!
dapatkan segera!
Comments