4 Tips Kesihatan Dari Nabi Muhammad S.A.W
Assalamualaikum, hari ni dila nak sharekan tips kesihatan
daripada Nabi kita iaitu Muhammad S.A.W.
Kenapa kita kena ikut apa yang Nabi Muhammad buat?
sebab Allah dah bagitau kat kita bahawa satu-satunya contoh teladan
yang perlu dicontohi ialah Rasulullah.
kerana akhlak Rasulullah ialah akhlak Alquran.
maka, semua mengenai Rasul adalah yang baik-baik sahaja.
1. Jangan Minum Berdiri.
Nabi menggalakkan kita untuk minum dengan keadaan duduk. Ini kerana dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer.Saringan tersebut terbuka ketika kita duduk dan tertutup ketika kita berdiri.Air yang kita minum belum 100% steril untuk dihadam oleh badan. Apabila kita minum sambil berdiri, maka air tidak dapat disaring oleh sfringer kerana tertutup.Air yang tidak tersaring oleh sfringer akan terus masuk ke pundi kencing dan boleh menyebabkan batu karang.
2. Jangan Meniup Air Yang Panas
Nabi melarang meniup air minuman yang panas.Logiknya kerana terdapat karbon
dioksida ( CO2) pada udara yang dihembuskan. Jika ditiup ke air minuman , maka CO2 akan larut di dalam air dan akan menghasilkan cecair bersifat asid.H2CO3 ( asam karbonat) yang menyebabkan penyakit jantung dan masalah perut tak selesa.
3. Mandi Sebelum Subuh
Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan.
4. Jangan Makan Berselang-Seli Dengan Minum Air
Nabi melarang makan berselang selikan dengan air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap dalam badan dan menyebabkan badan berangin.
HAKIKATNYA !
Ramai orang melakukan apa yang Nabi larang macam kat atas ni kan?
Sama je macam dila. pernah juga buat tapi lepas dah tahu kita ubah insyallah.
Moga entry ni bermanfaat kepada
semua blogger yang membaca.
semua blogger yang membaca.
cakap sayang Nabi , kenalah ikut sunnah yang Nabi ajar kepada kita especially umat islam.
tak lain tak bukan adalah untuk menjadikan kita seorang manusia yang berakhlak mulia :)
Comments