Cabaran Detox Dengan Set Detox Shaklee
Assalamualaikum.
Pernah dengar pasal detox?
Detox yang selalu sangat orang dengar ialah detox dengan minum air lemon,
pakai patch kat kaki yang keluar toksik tu dan minum teh detox.
Tapi hakikatnya detox bukanlah sekadar macam tu sahaja.
Ibarat macam kita ada rumah, tapi kita selalu bersihkan ruang tamu ( usus ) je ,
padahal bilik, dapur dan ruang lain penuh dengan sampah.
Adakah rumah kita boleh dikatakan bersih keseluruhannya?
haa, sama konsepnya dengan detox ni.
MAKSUD DETOX YANG SEBENAR:
Membuang toksin yang ada di dalam badan yang mana kebanyakkan yang di simpan di hati dan otak.
Bukan bersihkan usus sahaja.
Bukan bersihkan usus sahaja.
Serba ringkas pasal detox.
ok, bermula lah episod cabaran detox untuk my lovely husband.
Alhamdulillah saya dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan berat badan.
dulu masa nak kahwin, my husband TERPAKSA KURUS akibat kena warning
dengan mak mentua ( mak saya) supaya kelihatan hensem dan kemas masa akad nikah. hehehe
tapi, macam biasalah lelaki lepas kahwin konfem akan naik berat
badannya bagai di pam-pam.hehedulu dia mengamalkan diet atkins
dan kesannya memang turun berat badan dengan cepat je dalam
masa 2 minggu tapi sayang tak kekal lama sebab masa diet atkins kan tak makan nasi.
Dia ni pulak memang suka nasi. so, tahu jelah apa terjadi lepas kahwin kan. hihi
Maka, saya selalu bagi semangat a.k.a bebel supaya dia dengan rela hati
nak turunkan berat dan pastikan bmi normal sebab berat badannya kini obes tahap satu.
Disebabkan sayang suami , saya takkan bagi dia boroi.
Lagipon mak saya selalu pesan, pemakanan kita sekarang akan effect masa kita tua nanti.
Masa muda nak kena jaga, bukan dah tua nanti baru nak jaga.
dah terlambat.
Bermula kisahnya, apabila saya selalu mencabar dia untuk kuruskan
badan dan alhamdulillah kali ni dia sendiri tak sabar-sabar nak detox.
Siap bagi duit suruh beli ALFALFA+ HERBLAX untuk detox tau.hihi
nampak betul semangatnya tu.
Dan alhamdulillah dapat beli VIVIX masa tengah promosi bulan lepas
disebabkan tetiba ada masalah kesihatan. Mungkin itu juga asbab dia
sedar kesihatan sangat penting dan kita tak kan pernah tahu bila kita sakit .
At least kita ambil langkah berjaga-jaga dengan amalkan gaya
hidup sihat untuk memastikan kesihatan kita dalam keadaan baik.
1. VIVIX
Vivix terkenal sebagai tonik antipenuaan & antioksida. Vivix bantu mengeluarkan kotoran termasuk toksin & bahan beracun daripada badan. Vivix juga membantu memperbaiki aliran darah ke organ-organ dalam badan. Buat badan anda bertenaga & rasa sihat sepanjang hari
2. PEPPERMINT GINGER PLUS
Badan berangin, kembong, lenguh-lenguh juga antara badan anda penuh toksin. Peppermint Ginger membantu perut anda berasa selesa dan nyaman. Peppermint Ginger Plus bagus diambil oleh mereka yang mempunyai masalah penghadaman, perut tidak selesa, badan berangin dan lain-lain.
3. HERB-LAX
Korang ada masalah jerawat , ruam ,gatal gatal? Ruam@jerawat antara tanda-tanda badan anda penuh toksin. Herblax membantu melawaskan pembuangan sekaligus menyingkirkan kotorang yang tersumbat dan toksin dari badan. Herblax juga bantu anda yang mengalami sembelit.
4. DTX Complex
Semua bahan toksik dibawa ke hati dan hati akan menguraikannya sebelum ia boleh disingkir keluar dari tubuh .Apabia enzim dan hormon rosak maka lemak tidak dapat terurai dan sebaliknya melekat pada hati. Dtx Complex berfungsi mengenerasikan sel hati dan pulihkan kem"Najis keluar hitam sangat" itu menandakan yang badan kita telah didetox dengan baik oleh DTX. DTX melindungi fungsi hati,peparu dan organ-organ sekaligus menjadi agen detoxifikasi yang bantu membersihkan hati yang kotor.
5. ALFALFA COMPLEX
Alfalfa membantu menyingkirkan lemak yang berlebihan setelah dibakar atau diapungkan oleh Lecithin@Omega. Bantu untuk mereka yang mempunyai masalah lebihan berat badan. Kandungan kalsium yang tinggi dalam alfalfa bantu meredakan lenguh-lenguh badan dan sakit-sakit otot.
Untuk yang berminat dengan detox Shaklee
paling-paling tidak kena ada 3 daripada set detox ini :)
jom ikuti Diary detox untuk next entry.
Comments