7 Tips Pemakanan Sihat Untuk Anak Anda.
Pemakanan yang sihat memberikan nilai kesihatan yang baik kerana melengkapi
segala nutrisi dan zat yang diperlukan oleh badan.
Makanan yang kita makan setiap hari akan menjadi darah daging kita, oleh sebab itu kita kena memastikan setiap apa yang kita makan hendaklah bersih dan menyihatkan.
Selain kita makan untuk hidup, makanan juga menjadi asas penting untuk
membentuk kesihatan kita sekeluarga.
Secara asasnya , tabiat pemakanan yang sihat perlu bermula daripada ibu bapa di rumah lagi.
Anak-anak lebih cenderung meniru tabiat pemakanan ibu bapa . M,aka kita sebagai
ibu bapa wajib memastikan dan mengamalkan pemakanan yang sihat supaya anak
tidak cerewet untuk makan dan suka kan makanan yang sihat.
Berbalik kepada Tips Pemakanan Sihat Untuk Anak-Anak,
saya kongsikan 7 Perkara Penting yang perlu ibu bapa lakukan untuk memastikan
anak-anak sukakan pemakanan yang sihat ini.
#1 Kenalkan kepada anak Piramid Makanan.
Sebelum memperkenalkan kepada anak-anak, ibu bapa terlebih dahulu kerana memahami piramid makanan ini. Baru lah senang nak cerita dengan menarik kepada anak-anak .
Berapa ramai di antara kita yang faham keperluan pengambilan makanan mengikut
piramid makanana seimbang ini? Kebanyakkan kita sudah tidak lagi peka
terhadap keperluan zat makanan yang kita makan setiap hari. Lagi - lagi sudah
terlalu banyak makanan yang dihiasi supaya menarik orang membelinya padahal
makanan tersebut kebiasaannya mengandungi kandungan gula yang tinggi.
Ajarkan anak keperluan makanan mengikut kategori seperti karbohdirat,
protein , kalsium, sayuran, buah-buahan dan sebagainya.
Apabila mereka faham tentang fungsi setiap kumpulan makanan , lagi mudah
untuk mengalakkan mereka makan makanan yang seimbang.
#2 Jangan kenalkan " JAJAN" kepada anak.
"Jajan" atau "junkfood" atau dipanggil makanan ringan sememangnya menjadi kesukaan kebanyakkan kanak-kanak tetapi ia adalah musuh utama bagi ibu bapa.
Ramai ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka makan " jajan" kerana tidak berkhasiat.
Tapi kadang kala ada orang luar yang memberikan jajan tersebut kepada anak kita
tanpa disedari oleh ibu bapa. Atau pun ada juga jenis ibu bapa yang tidak mengambil berat pemakanan anaknya apabila anak mereka sudah pandai membeli sendiri.
Apabila anak kita sudah terbiasa memakan jajan dari kecil , ini akan mengakibatkan
mereka lebih suka akan jajan berbanding makan makanan yang sihat.
#3. Biasakan anak bersarapan pagi.
Jangan jadikan alasan waktu pagi yang sibuk sebagai alasan tidak bersarapan.
Biasakan anak makan sarapan pagi walau pun sekadar minum susu dan roti.
Sarapan pagi amat penting agar keperluan kalori yang membekalkan
tenaga anak dapat disediakan.
Kalau dulu , mak kita selalu membekalkan makana supaya kita makan di sekolah ,
mungkin zaman kini , ianya sudah tidak dilakukan lagi.
Jadinya setiap ibu perlu menyediakan makanan ringkas untuk sarapan pagi.
Lagi bagus , pelbagaikan dan hias dengan menarik supaya anak seronok untuk makan!
#4. Banyakkan minum air kosong.
Air sangat penting dalam badan manusia bukan sahaja orang dewasa
malah anak-anak juga turut memerlukannya.
Kebiasaannya anak kecil tidak suka minum air kosong.
Oleh kerana mereka sangat aktif maka golongan kanak-kanak sangat mudah
terkena dehidrasi ( kekurangan air dalam badan). Biasakan anak minum air dalam kuantiti yang banyak sejak kecil lagi dan beritahu mereka kenapa perlu minum air kosong.
Lagi bagus sediakan botol khas untuk anak habiskan dalam masa sehari.
Ini juga mengajar dia untuk menghabiskan air dengan kuantiti yang sesuai.
untuk kiraan liter air ,
1 Liter = 25 kg
#5. Katakan TIDAK pada air manis dan bergas.
Anak-anak tidak tahu tentang minuman manis dan berperisa seperti air berkarbonat , air kotak dan sebagainya yang manis jika tidak diperkenalkan oleh orang dewasa.
Minuman tinggi gula ini tidak sesuai untuk kanak-kanak.
Gula yang tinggi menyebabkan mereka bertindak hiperaktif dan
tidak fokus pada sesuatu perkara.
Katakan "tidak" kepada minuma manis dan ajar dari kecil supaya mereka
faham kenapa mereka tak dibenarkan minum minuman manis.
#6. Biasakan kudapan yang berkhasiat.
Ibu bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan yang sihat untuk anak-anak.
Sudah pasti akan ada anak-anak yang cerewet untuk makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Maka tugas ibu perlulah mempelbagaikan cara penyediaan agar makan tersebut kelihatan menarik untuk dimakan oleh mereka. Misalnya boleh cuba buat aiskrim buah-buahan , kerepek kentang dan sebagainya.
Secara tak langsung anak-anak lebih suka makanan yang pelbagai di rumah
daripada yang dijual di luar.
#7. Galakkan anak aktif bermain.
Biasakan anak-anak aktif bermain di luar rumah berbanding terperap di dalam rumah menonton televisyen atau bermain permainan video. Anak yang aktif lebih bertenaga berbanding anak yang kurang aktif. Bila anak aktif , mereka akan mengeluarkan peluh dan tenaga dari makanan yang dimakan dapat digunakan dengan betul.
Semoga Bermanfaat !
Terutama Yang Sudah Bergelar Ibu dan Ayah.
Comments