Bahaya Ke Tidur Berdengkur?
Berdengkur sewaktu tidur adalah perkara biasa.
Selain daripada menyebabkan gangguan tidur teman sebilik anda ianya tidaklah berbahaya.
1. Jadi, apakah jenis dengkuran yang berbahaya?
Dengkuran yang berbahaya ialah jenis kuat (kadangkala boleh didengari daripada
luar bilik) disertai pernafasan yang terhenti selama beberapa saat menyebabkan
paras oksigen dalam darah menurun.
Dengkuran seperti ini menyebabkan tidur yang tak puas dan menganggu
prestasi belajar/ kerja pada siang harinya. Pesakit boleh tertidur sewaktu bercakap
di telefon, sedang menghadap komputer dan lebih teruk; tertidur sewaktu
sedang memandu kenderaan atau sedang mengendalikan mesin berat.
Ini adalah masalah yang disebut sebagai OSA (Obstructive Sleep Apnoea) iaitu
pesakit berhenti bernafas sewaktu tidur akibat laluan pernafasan yang tersekat.
Jika kanak-kanak yang mengalami masalah ini, tanda-tandanya ialah :
- Tidur yang berdengkur kuat dan pernafasan tersekat-sekat sewaktu tidur.
- Tidur yang terganggu atau gelisah sewaktu tidur.
- Kencing malam (jika dulu tak pernah terjadi)
- Sering sakit kepala, lesu dan tertidur pada siang hari walau dapat tempoh tidur yang mencukupi.
- Prestasi pelajaran yang merosot
2. Siapakah yang berisiko untuk mendapat penyakit ini?
- Ada sejarah ahli keluarga menghidapi OSA
- Obesity (BMI >30 ke atas)
- Ukur lilit leher yang tebal
- Mempunyai lidah tebal dan salur pernafasan yang sempit (semulajadi atau disebabkan penyakit)
- Merokok
- Menghidapi darah tinggi atau kencing manis
3. Apakah ujian yang dilakukan untuk mengesahkan anda ada OSA?
Pesakit yang disyaki mempunyai OSA akan dirujuk untuk Ujian Polysomnogram (Sleep Study) dimana pesakit perlu tidur didalam makmal tidur khas dan disambungkan kepada monitor untuk dipantau:
- Pergerakan mata
- Denyutan jantung
- Pola pernafasan
- Gelombang otak
- Bilangan pernafasan yang terhenti
- Paras oksigen darah
- Pola dan cara tidur
4. Apa yang perlu dilakukan jika
disahkan ada OSA?
Anda akan dirujuk kepada pakar ENT (telinga, hidung, tekak) untuk pemeriksaan tonsil
dan tisu salur pernafasan. Jika tonsil anda bengkak ianya perlu dibuang, tisu pernafasan
yang tebal dan longgar perlulah dinipiskan dan diketatkan.
Jika OSA anda teruk atau masih mempunyai OSA walaupun setelah dibuang tonsil,
doktor akan menyarankan anda menggunakan mesin bantuan pernafasan
(CPAP: Continuous Positive Airway Pressure).
Mesin ini perlu digunakan pada waktu malam bagi memastikan salur pernafasan
tidak terhalang sewaktu tidur.
Jika OSA anda disebabkan obesiti, anda disarankan untuk menurunkan berat badan
dan dirujuk kepada pakar pemakanan. Untuk kes teruk, pembedahan bariatrik
boleh membantu supaya isipadu perut dapat dikecilkan.
5. Apakah yang akan terjadi jika saya biarkan saja masalah OSA atau tak mahu menggunakan mesin CPAP?
Keadaan kekurangan oksigen yang kronik bukan saja menyebabkan prestasi
belajar dan kerja bertambah teruk malah ia membebankan fungsi paru-paru
seterusnya akan menyebabkan kegagalan jantung.
Kesimpulannya, bukan semua dengkuran itu berbahaya.
Namun jika dengkuran itu kategori OSA ianya perlu diatasi secepat mungkin
supaya fungsi tubuh boleh diperbaiki. OSA jika dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan
boleh menyebabkan paru-paru dan jantung rosak seterusnya membawa kepada kematian.
Semoga bermanfaat!
Comments